Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah akan membangkitkan para hamba pada hari Kiamat, kemudian Dia akan mengasingkan para ulama

Teks Bahasa Arab

يَبعَثُ اللَّهُ العبادَ يومَ القِيامةِ، ثمَّ يميِّزُ العُلَماءَ، ثُمَّ يَقولُ: يا معشرَ العُلَماءِ إنِّي لم أضَعْ عِلمي فيكُم إلَّا لعِلمي بكُم، ولَم أضَعْ عِلمي فيكُم لأعذِّبَكُم، انطلِقوا فقَد غفَرتُ لَكُم.

Teks Bahasa Melayu

Allah akan membangkitkan para hamba pada hari Kiamat, kemudian Dia akan mengasingkan para ulama, kemudian Allah akan berfirman: Wahai para ulama! Sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmuKu pada kamu melainkan kerana pengetahuanKu terhadap kamu dan Aku tidak meletakkan ilmuKu pada kamu untuk Aku azab kamu. Pergilah, kerana Aku telah memberikan keampunan kepada kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa al-Ash'ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis no. 6305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، مرفوعا: يبعث الله العباد يوم القيامة، ثم يميز العلماء، ثم يقول: يا معشر العلماء إني لم أضع علمي فيكم إلا لعلمي بكم، ولم أضع علمي فيكم لأعذبكم، انطلقوا فقد غفرت لكم. [عد، أبو الحسين الكلابي في ((نسخة أبي العباس طاهر التميمي))، ابن عبد البر في ((الجامع))، ابو المعاني عفيف الدين في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (868)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Musa al-Ash'ari RA secara marfu': Allah akan membangkitkan para hamba pada hari Kiamat, kemudian Dia akan mengasingkan para ulama, kemudian Allah akan berfirman: Wahai para ulama! Sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmuKu pada kamu melainkan kerana pengetahuanKu terhadap kamu dan Aku tidak meletakkan ilmuKu pada kamu untuk Aku azab kamu. Pergilah, kerana Aku telah memberikan keampunan kepada kamu. [Riwayat Ibn 'Adiy, Abu al-Husayn al-Kilabiy dalam Nuskhah Abi al-'Abbas Tahir al-Tamimiy, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', Abu al-Ma'ani 'Afif al-Din dalam Fadhl al-'Ilmiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 868]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.