Allah akan membangkitkan daripada keturunanku …

TEKS BAHASA ARAB

  لَيَبْعَثَنَّ اللَهُ مِنْ عِتْرَتِي رَجُلا أَفْرَقَ الثَّنَايَا أَجْلَى الْجَبْهَةِ يَمْلأُ الأَرْضَ عَدْلا يَفِيضُ الْمَالُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan membangkitkan daripada keturunanku seorang lelaki yang jarang giginya, luas dahinya, dia memenuhi bumi dengan keadilan dan membanjiri harta…

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Abu Nua’im berkata: Khalaf bin Ahmad bin al-Abbas al-Ramahurmuzi menceritakan kepada kami di dalam kitabnya, juga Hamman bin Ahmad bin Ayub menceritakan kepada kami, Thalut bin Abbad menceritakan kepada kami, Suwaid bin Ibrahim menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin ‘Amru, daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman bin ‘Auf daripada ayahnya berkata: Sabda Rasulullah SAW:

لَيَبْعَثَنَّ اللَهُ مِنْ عِتْرَتِي رَجُلا أَفْرَقَ الثَّنَايَا أَجْلَى الْجَبْهَةِ يَمْلأُ الأَرْضَ عَدْلا يَفِيضُ الْمَالُ
“Allah akan membangkitkan daripada keturunanku seorang lelaki yang jarang giginya, luas dahinya, dia memenuhi bumi dengan keadilan dan membanjiri harta…”
Akan tetapi Thalut dan gurunya lemah dari sudut periwayatan hadis. Hadis yang kami sebutkan di atas hanyalah untuk syawahid (penguat-penguat) sahaja.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon