Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah akan memanggil pemilik hutang pada hari kiamat, sehingga dia didirikan dihadapan-Nya

Teks Bahasa Arab

يَدعو اللَّهُ بصاحبِ الدَّينِ يومَ القيامةِ؛ حتَّى يوقَفَ بينَ يديْهِ، فيقالُ: يا ابنَ آدمَ فيما أخذتَ هذا الدَّينَ؟ وفيمَ ضيَّعتَ حقوقَ النَّاسِ؟ فيقولُ: يا ربِّ! إنَّكَ تعلَمُ أنِّي أخذتُهُ؛ فلم آكُلْ، ولم أشرَبْ، ولم ألبَسْ، ولم أضيِّعْ، ولَكن أتى على يديَّ إمَّا حرقٌ وإمَّا سرقٌ وإمَّا وضيعةٌ، فيقولُ اللَّهُ - عز وجل -: صدقَ عبدي: أنا أحقُّ من قضى عنْكَ اليومَ. فيدعو اللَّهُ بشيءٍ فيضعُهُ في كفَّةِ ميزانِهِ، فترجُحُ حسناتُهُ على سيِّئاتِهِ، فيدخلُ الجنَّةَ بفَضلِ رحمتِه.

Teks Bahasa Melayu

Allah akan memanggil pemilik hutang pada hari kiamat, sehingga dia didirikan dihadapan-Nya, lalu ditanya: "Wahai anak Adam, mengapa engkau mengambil hutang ini, dan pada apa engkau mensia-siakan hak manusia?" Maka dia menjawab: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku telah mengambilnya, namun tidaklah aku makan, tidak juga aku minum, tidak juga aku pakai dan tidak pula aku sia-siakan. Tetapi telah datang kepadaku sama ada kebakaran, atau kecurian, atau kehilangan". Maka Allah Azzawajalla berfirman: "Hamba-Ku telah (berkata) benar. Aku lah yang paling layak untuk melunaskan buatmu pada hari ini". Lalu Allah memerintahkan (untuk didatangkan) sesuatu, lalu Dia meletakkannya di atas satu piring timbangan, maka kebajikannya mengatasi keburukannya. Maka dia masuk ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Abdurrahman bin Abu Bakr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 514, hadis no. 2733.

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن أبي بكر - رضي الله عنها -، قال: قال رسول الله ﷺ: «یدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ضيّعت حقوق الناس؟ فيقول: یا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضع، ولكن أتي على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله - عز وجل -: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته». [الطيالسي، ابن عساکر، حم، البزار، حل، ((الضعيفة)) (5338)].

(Lemah) Daripada Abdurrahman bin Abu Bakr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah akan memanggil pemilik hutang pada hari kiamat, sehingga dia didirikan dihadapan-Nya, lalu ditanya: "Wahai anak Adam, mengapa engkau mengambil hutang ini, dan pada apa engkau mensia-siakan hak manusia?" Maka dia menjawab: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku telah mengambilnya, namun tidaklah aku makan, tidak juga aku minum, tidak juga aku pakai dan tidak pula aku sia-siakan. Tetapi telah datang kepadaku sama ada kebakaran, atau kecurian, atau kehilangan". Maka Allah Azzawajalla berfirman: "Hamba-Ku telah (berkata) benar. Aku lah yang paling layak untuk melunaskan buatmu pada hari ini". Lalu Allah memerintahkan (untuk didatangkan) sesuatu, lalu Dia meletakkannya di atas satu piring timbangan, maka kebajikannya mengatasi keburukannya. Maka dia masuk ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, Ibnu 'Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, al-Bazzar dalam Musnadnya dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5338].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.