Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله عز وجل: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat hinggalah diperdirikannya di hadapan-Nya, lalu dikatakan: Wahai anak Adam! Untuk apa kamu mengambil hutang ini? Untuk apa kamu sia-siakan hak-hak orang lain? Orang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa aku telah mengambilnya namun aku tidak memakannya, aku tidak meminumnya, aku tidak memakainya dan aku tidak mensia-siakannya, tetapi apa yang ada di tanganku sama ada ia terbakar, dicuri atau pun hilang. Lalu Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Hamba-Ku benar! Aku lebih berhak menunaikan hutang untukmu pada hari ini. Lalu dia pun berdoa kepada Allah dengan sesuatu doa, lalu diletakkannya pada timbangan neracanya, hasilnya kebaikannya mengatasi keburukannya, dia pun masuk syurga kerana kurniaan rahmat-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis nombor 6942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن أبي بكر رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله عز وجل: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته.
[الطيالسي، ابن عساكر، حم، البزار، حل، ((الضعيفة)) (5338)]

(Lemah)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat hinggalah diperdirikannya di hadapan-Nya, lalu dikatakan: Wahai anak Adam! Untuk apa kamu mengambil hutang ini? Untuk apa kamu sia-siakan hak-hak orang lain? Orang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa aku telah mengambilnya namun aku tidak memakannya, aku tidak meminumnya, aku tidak memakainya dan aku tidak mensia-siakannya, tetapi apa yang ada di tanganku sama ada ia terbakar, dicuri atau pun hilang. Lalu Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Hamba-Ku benar! Aku lebih berhak menunaikan hutang untukmu pada hari ini. Lalu dia pun berdoa kepada Allah dengan sesuatu doa, lalu diletakkannya pada timbangan neracanya, hasilnya kebaikannya mengatasi keburukannya, dia pun masuk syurga kerana kurniaan rahmat-Nya.
[Riwayat al-Tayalisi, Ibn 'Asakir, Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5338]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.