Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat, sehingga dia berdiri di hadapan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله -عز وجل-: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat, sehingga dia berdiri di hadapan-Nya, dan dikatakan kepadanya: Wahai Anak Adam! Kepada apa engkau belanjakan hutang ini? Kepada apa engkau sia-siakan hak manusia? Lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Engkau mengetahui bahawa aku mengambilnya, lalu aku tidak makan, tidak minum, tidak memakai pakaian, dan aku tidak mensia-siakan hak, tetapi datang kepada tanganku sama ada berupa barang yang dibakar, dicuri atau kehilangan. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Benarlah kata-kata hambaku: Aku lebih layak untuk membayar bagi pihak kamu pada hari ini. Lalu dia berdoa kepada Allah dengan sesuatu dan Dia meletakkannya pada timbangannya, lalu kebaikannya mengatasi keburukannya, lalu dia memasuki syurga dengan rahmat tuhannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis nombor 4148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن أبي بكر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله -عز وجل-: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته)). [الطيالسي، ابن عساكر، حم، البزار، حل، ((الضعيفة)) (5338)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Abī Bakr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat, sehingga dia berdiri di hadapan-Nya, dan dikatakan kepadanya: Wahai Anak Adam! Kepada apa engkau belanjakan hutang ini? Kepada apa engkau sia-siakan hak manusia? Lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Engkau mengetahui bahawa aku mengambilnya, lalu aku tidak makan, tidak minum, tidak memakai pakaian, dan aku tidak mensia-siakan hak, tetapi datang kepada tanganku sama ada berupa barang yang dibakar, dicuri atau kehilangan. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Benarlah kata-kata hambaku: Aku lebih layak untuk membayar bagi pihak kamu pada hari ini. Lalu dia berdoa kepada Allah dengan sesuatu dan Dia meletakkannya pada timbangannya, lalu kebaikannya mengatasi keburukannya, lalu dia memasuki syurga dengan rahmat tuhannya. [Riwayat al-Ṭayālisī, Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Bazzār dalam al-Musnad, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5338]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs