Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat sehingga dia akan berdiri di hadapan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ‌ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله عز وجل: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat sehingga dia akan berdiri di hadapan Tuhannya. Lalu dikatakan kepadanya: “Wahai Anak Adam! Di manakah kamu mengambil hutang ini? Di manakah kamu telah mengabaikan hak manusia? Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku telah mengambilnya namun aku tidak makan, tidak minum, tidak memakai pakaian dan tidak mengabaikan (hak manusia) (disebabkan oleh hutang itu), namun datang kepadaku (aku ditimpa) samada kebakaran ataupun kecurian ataupun kehilangan (harta tersebut, hingga menyebabkan dia tidak dapat membayar hutangnya), lalu Allah SWT berkata: Hamba-Ku berkata benar. Akulah yang berhak untuk membayar hutang bagi pihak kamu pada hari ini. Lalu dia berdoa kepada Allah sesuatu dan ia diletakkan pada timbangannya. Lalu (timbangan) kebaikannya mengatasi (timbangan) kejahatannya, lalu dia memasuki syurga dengan rahmat-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629, hadis nombor 3272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن أبي بكر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يدعو الله بصاحب الدين يوم القيامة؛ حتى يوقف بين يديه، فيقال: يا ابن آدم! فيما أخذت هذا الدين؟ وفيم ‌ضيعت حقوق الناس؟! فيقول: يا رب! إنك تعلم أني أخذته؛ فلم آكل، ولم أشرب، ولم ألبس، ولم أضيع، ولكن أتى على يدي إما حرق وإما سرق وإما وضيعة، فيقول الله عز وجل: صدق عبدي: أنا أحق من قضى عنك اليوم. فيدعو الله بشيء فيضعه في كفة ميزانه، فترجح حسناته على سيئاته، فيدخل الجنة بفضل رحمته)). [الطيالسي، ابن عساكر، حم، البزار، حل، ((الضعيفة)) (5338)] .

(Lemah)
Daripada Abd al-Rahman bin Abu Bakr RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan memanggil orang yang berhutang pada hari kiamat sehingga dia akan berdiri di hadapan Tuhannya. Lalu dikatakan kepadanya: “Wahai Anak Adam! Di manakah kamu mengambil hutang ini? Di manakah kamu telah mengabaikan hak manusia? Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku telah mengambilnya namun aku tidak makan, tidak minum, tidak memakai pakaian dan tidak mengabaikan (hak manusia) (disebabkan oleh hutang itu), namun datang kepadaku (aku ditimpa) samada kebakaran ataupun kecurian ataupun kehilangan (harta tersebut, hingga menyebabkan dia tidak dapat membayar hutangnya), lalu Allah SWT berkata: Hamba-Ku berkata benar. Akulah yang berhak untuk membayar hutang bagi pihak kamu pada hari ini. Lalu dia berdoa kepada Allah sesuatu dan ia diletakkan pada timbangannya. Lalu (timbangan) kebaikannya mengatasi (timbangan) kejahatannya, lalu dia memasuki syurga dengan rahmat-Nya.”
[Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, al-Bazzar dalam al-Musnad dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5338].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs