Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Allah akan memanggil manusia pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

إن الله يدعو الناس يوم القيامة بأسماء أمهاتهم سترا منه على عباده.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah akan memanggil manusia pada hari kiamat dengan nama ibu-ibu mereka sebagai perlindungan daripada-Nya terhadap hamba-hamba-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 20, hadis no. 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الطبراني من حديث ابن عباس وهو ضعيف. وقال ابن الجوزي: موضوع. ويعارضه حديث أبي الدرداء: "إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم، وأسماء آبائكم، فحسنوا أسماءكم".

Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabrani melalui hadith Ibn 'Abbas, ia adalah dha'if. Ibn al-Jawzi pula berkata: "Palsu". Menyanggahnya hadith Abu al-Darda': "Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, oleh itu, perelokkanlah nama-nama kamu semua".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.