Allah akan melaksanakan hudud kepada orang yang telah mencaci ‘Aishah

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة حد الله الذين شتموا عائشة ثمانين ثمانين على رؤوس الخلائق فيستوهب ربي المهاجرين منهم فأستأمرك يا عائشة فسمعت عائشة الكلام فبكت وأنا في البيت وقالت والذي بعثك بالحق نبيا لسرورك أحب إلي من سروري فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال ابنة أبيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat nanti, Allah akan melaksanakan hudud kepada orang yang telah mencaci ‘Āishah 80 demi 80 sebatan secara terbuka di hadapan makhluk-makhluk, lalu Tuhanku meminta golongan Muhajirin daripada mereka, lalu aku akan meminta arahanmu wahai ‘Āishah! Lalu ‘Āishah mendengar kata-kata tersebut, lalu dia menangis ketika berada di rumah dan berkata: Demi yang mengutuskan kamu sebagai nabi dengan kebenaran, kegembiraanmu lebih baik daripada kegembiraanku. Maka, Rasulullah SAW tersenyum dan berkata: Anak perempuan kepada ayahnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis nombor 4251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم القيامة؛ حد الله الذين شتموا عائشة ثمانين ثمانين على رؤوس الخلائق، فيستوهب ربي المهاجرين منهم، فأستأمرك يا عائشة!)) فسمعت عائشة الكلام، فبكت وهي في البيت ثم قالت: والذي بعثك بالحق نبيا لسرورك أطيب من سروري. فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: ((ابنة أبيها)).
[طب، ((الضعيفة)) (6605)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat nanti, Allah akan melaksanakan hudud kepada orang yang telah mencaci ‘Āishah 80 demi 80 sebatan secara terbuka di hadapan makhluk-makhluk, lalu Tuhanku meminta golongan Muhajirin daripada mereka, lalu aku akan meminta arahanmu wahai ‘Āishah! Lalu ‘Āishah mendengar kata-kata tersebut, lalu dia menangis ketika berada di rumah dan berkata: Demi yang mengutuskan kamu sebagai nabi dengan kebenaran, kegembiraanmu lebih baik daripada kegembiraanku. Maka, Rasulullah SAW tersenyum dan berkata: Anak perempuan kepada ayahnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6605]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs