Allah akan bertanya tentang persahabatan (walau) sejenak

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يسأل عن صحبة ساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan bertanya tentang persahabatan (walau) sejenak.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 21, hadis nombor 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

دائر على الألسنة، وفي معناه ما أخرجه ابن جرير في قوله تعالى: {وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ} [النساء: 36]، عن رجل من الصحابة، أن النبي -صلى الله عليه وسلم- دخل غيضة مع بعض أصحابه، فاجتنى منها سواكين. أحدهما معوج، والآخر مستقيم. فدفع المستقيم إلى صاحبه. فقال له: يا رسول الله، كنت أحق بالمستقيم. فقال: "ما من صاحب يصحب صاحبا ولو ساعة من نهار إلا سئل عن صحبته، هل أقام منها حق الله أم أضاعه".

Ia berlegar-legar pada lidah orang ramai. Semakna dengannya adalah hadith yang dikeluarkan oleh Ibn Jarir berhubung firman Allah Ta’ala: {Dan rakan sejawat} [Surah al-Nisa' ayat 36], daripada seorang lelaki dari kalangan Sahabat, bahawa Nabi SAW telah masuk ke dalam satu kebun bersama sebahagian sahabat Baginda, lalu Baginda pun mengambil dua batang kayu sugi daripada pokok di kebun itu, salah satunya adalah bengkok dan satu lagi pula lurus. Baginda pun memberikan kayu yang lurus kepada sahabat Baginda, lalu sahabat itu berkata: "Wahai Rasulullah! Anda lebih berhak mendapatkan yang lurus". Baginda SAW pun bersabda: "Tidaklah mana-mana sahabat yang berteman dengan seorang sahabatnya walaupun seketika sahaja pada waktu siang hari, melainkan dia akan disoal berhubung persahabatannya, adakah dia menunaikan hak Allah menerusi hubungan persahabatan itu atau mensia-siakannya?"

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs