Allah akan bertanya padanya akan kebaikan hartanya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kelak Allah Ta’ala akan bertanya seseorang hamba akan kebaikan ilmunya sebagaimana Allah akan bertanya padanya akan kebaikan hartanya.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297, hadis nombor 6633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا السياق)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله.
[((الضعيفة)) (7098)].

(Tidak ada asal dengan periwayatan ini)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya kelak Allah Ta’ala akan bertanya seseorang hamba akan kebaikan ilmunya sebagaimana Allah akan bertanya padanya akan kebaikan hartanya.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.