Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللّهَ تَعَالَى يَسْأَلُ الْعَبْدَ عَنْ فَضْلِ عِلْمِهِ، كَمَا يَسْأَلُهُ عَنْ فَضْلِ مَالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kelak Allah Ta'ala akan bertanya seseorang hamba akan kebaikan ilmunya sebagaimana Allah akan bertanya padanya akan kebaikan hartanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297, hadis no. 6633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Tidak ada asal dengan periwayatan ini) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya kelak Allah Ta'ala akan bertanya seseorang hamba akan kebaikan ilmunya sebagaimana Allah akan bertanya padanya akan kebaikan hartanya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7098].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman