Allah akan berpaling daripada orang yang memakai pakaian yang menarik perhatian

TEKS BAHASA ARAB

من لبس ثوب شهرة؛ أعرض الله عنه حتى يضعه متى ما وضعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memakai pakaian yang menarik perhatian maka Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkan apa yang dipakainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis nombor 8232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من لبس ثوب شهرة؛ أعرض الله عنه حتى يضعه متى ما وضعه)). [هـ، ابن هبان في ((الثقات))، عق، حل، ((الضعيفة)) (4650)].

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang memakai pakaian yang menarik perhatian maka Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkan apa yang dipakainya.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4650].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs