Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ لَبِسَ ثوبَ شُهْرَةٍ؛ أَعْرَضَ اللهُ عنهُ حتى يَضَعَهُ متى مَا وضَعَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memakai pakaian yang menarik perhatian maka Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkan apa yang dipakainya.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis no. 8232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من لبس ثوب شهرة؛ أعرض الله عنه حتى يضعه متى ما وضعه)). [هـ، ابن هبان في ((الثقات))، عق، حل، ((الضعيفة)) (4650)].
(Lemah) Daripada Abu Zar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang memakai pakaian yang menarik perhatian maka Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkan apa yang dipakainya.)) [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4650].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman