Allah akan bangkit seramai 70 ribu orang pada hari kiamat dengan rupa seperti bulan pada malam purnama

TEKS BAHASA ARAB

يا أم قيس! ترين هذه المقبرة؛ يبعث الله منها سبعين ألفا يوم القيامة على صورة القمر ليلة البدر، يدخلون الجنة بغير حساب، كأن وجوههم القمر ليلة البدر. فقام عكاشة فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: وأنت. فقام آخر فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: سبقك بها عكاشة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ummu Qais! Kamu lihat perkuburan ini, Allah akan bangkitkan daripadanya seramai 70 ribu orang pada hari kiamat di atas rupa seperti bulan pada malam purnama. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah-wajah mereka seperti bulan pada malam purnama. ‘Ukkashah pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah?! Baginda menjawab: Kamu juga. Lalu seorang yang lain pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ‘Ukkashah telah mendahului kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1359 – 1360, hadis nombor 6933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سعد أبي عاصم ثنا نافع مولى حمنة بنت شجاع قالت: قالت لي أم قيس: لو رأيتني ورسول الله صلى الله عليه وسلم آخذ بيدي في سكة من سكك المدينة، ما فيها بيت، حتى انتهى إلى بقيع الغرقد، فقال لي: يا أم قيس! ترين هذه المقبرة؛ يبعث الله منها سبعين ألفا يوم القيامة على صورة القمر ليلة البدر، يدخلون الجنة بغير حساب، كأن وجوههم القمر ليلة البدر. فقام عكاشة فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: وأنت. فقام آخر فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: سبقك بها عكاشة. قال سعد: فقلت لها: ما له لم يقل للآخر؟ قالت: أراه كان منافقا.
[طب، ابن شبة، ((الضعيفة)) (5491)]

(Munkar)
Daripada Sa’d bin Abi ‘Asim, Nafi’ mawla Hamnah binti Shuja’ telah menceritakan kepada kami, katanya: Ummu Qais telah berkata kepadaku: Kalaulah kamu melihat aku dan Rasulullah SAW sambil baginda memegang tanganku di salah satu jalan di Madinah, di sana tidak ada satu pun rumah hinggalah baginda sampai di Baqi’ al-Gharqad (nama perkuburan), Baginda berkata kepadaku: Wahai Ummu Qais! Kamu lihat perkuburan ini, Allah akan bangkitkan daripadanya seramai 70 ribu orang pada hari kiamat di atas rupa seperti bulan pada malam purnama. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah-wajah mereka seperti bulan pada malam purnama. ‘Ukkashah pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah?! Baginda menjawab: Kamu juga. Lalu seorang yang lain pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ‘Ukkashah telah mendahului kamu. Sa’d berkata: Aku pun berkata kepadanya: Mengapa baginda tidak mengatakan kepada yang lain itu. Katanya: Aku berpandangan dia seorang munafik.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs