Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أمَّ قيسٍ! تَرينَ هذِه المقبرةَ يبعثُ اللهُ منها سبعينَ ألفًا، يومَ القيامَةِ علَى صورةِ القمرِ ليلةَ البدر، يدخلونَ الجنَّةَ بغيرِ حسابٍ، كأنَّ وجوهَهمُ القمَرُ ليلةَ البدرِ. فقامَ عُكاشةُ فقالَ: وأنا يا رسولَ اللَّهِ ؟ قال: وأنتَ. فقامَ آخرُ فقال: وأنا يا رسولَ اللَّهِ؟! قال: سبقَك بِها عُكاشةُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ummu Qais! Kamu lihat perkuburan ini, Allah akan bangkitkan daripadanya seramai 70 ribu orang pada hari kiamat di atas rupa seperti bulan pada malam purnama. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah-wajah mereka seperti bulan pada malam purnama. 'Ukkashah pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah?! Baginda menjawab: Kamu juga. Lalu seorang yang lain pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: 'Ukkashah telah mendahului kamu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1359 - 1360, hadis no. 6933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد أبي عاصم ثنا نافع مولى حمنة بنت شجاع قالت: قالت لي أم قيس: لو رأيتني ورسول الله صلى الله عليه وسلم آخذ بيدي في سكة من سكك المدينة، ما فيها بيت، حتى انتهى إلى بقيع الغرقد، فقال لي: يا أم قيس! ترين هذه المقبرة؛ يبعث الله منها سبعين ألفا يوم القيامة على صورة القمر ليلة البدر، يدخلون الجنة بغير حساب، كأن وجوههم القمر ليلة البدر. فقام عكاشة فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: وأنت. فقام آخر فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: سبقك بها عكاشة. قال سعد: فقلت لها: ما له لم يقل للآخر؟ قالت: أراه كان منافقا. [طب، ابن شبة، ((الضعيفة)) (5491)]
(Munkar) Daripada Sa'd bin Abi 'Asim, Nafi' mawla Hamnah binti Shuja' telah menceritakan kepada kami, katanya: Ummu Qais telah berkata kepadaku: Kalaulah kamu melihat aku dan Rasulullah SAW sambil baginda memegang tanganku di salah satu jalan di Madinah, di sana tidak ada satu pun rumah hinggalah baginda sampai di Baqi' al-Gharqad (nama perkuburan), Baginda berkata kepadaku: Wahai Ummu Qais! Kamu lihat perkuburan ini, Allah akan bangkitkan daripadanya seramai 70 ribu orang pada hari kiamat di atas rupa seperti bulan pada malam purnama. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah-wajah mereka seperti bulan pada malam purnama. 'Ukkashah pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah?! Baginda menjawab: Kamu juga. Lalu seorang yang lain pun bangun lalu berkata: Aku, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: 'Ukkashah telah mendahului kamu. Sa'd berkata: Aku pun berkata kepadanya: Mengapa baginda tidak mengatakan kepada yang lain itu. Katanya: Aku berpandangan dia seorang munafik. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5491]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman