Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah adalah yang paling pemurah, Baginda SAW pula anak Adam yang paling pemurah

Teks Bahasa Arab

ألا أخبرُكُم عنِ الأجوَدِ الأجوَدِ؟ اللَّهُ الأجوَدُ الأجوَدُ، وأَنا أجوَدُ ولدِ آدمَ، وأجوَدُهُم مِن بَعدي رَجلٌ علِمَ علمًا فنَشرَ عِلمَهُ، يُبعَثُ يومَ القيامةِ أمَّةً وحدَهُ، ورجلٌ جادَ بنفسِهِ في سبيل اللَّه حتَّى يُقتلَ.

Teks Bahasa Melayu

Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang pemurah yang paling pemurah? Allah adalah yang paling pemurah, aku pula anak Adam (manusia) yang paling pemurah. Manakala yang paling pemurah daripada kalangan mereka (anak Adam) selepas aku adalah orang yang diajarkan ilmu, lalu dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai satu umat (meskipun dia) berseorangan. Begitu juga seseorang yang merelakan jiwanya (berjihad) pada jalan Allah sehingga dia terbunuh.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis no. 6964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود، وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه، يبعث يوم القيامة أمة وحده، ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل. [ع، عد، ((الضعيفة)) (5882)]

(Palsu) Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang pemurah yang paling pemurah? Allah adalah yang paling pemurah, aku pula anak Adam (manusia) yang paling pemurah. Manakala yang paling pemurah daripada kalangan mereka (anak Adam) selepas aku adalah orang yang diajarkan ilmu, lalu dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai satu umat (meskipun dia) berseorangan. Begitu juga seseorang yang merelakan jiwanya (berjihad) pada jalan Allah sehingga dia terbunuh. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5882]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.