TEKS BAHASA ARAB
بات علي ليلة خرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى المشركين، على فراشه؛ ليعمي على قريش. وفيه نزلت الآية: (ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضاة الله).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ali telah tidur pada malam Rasulullah keluar kepada orang musyrikin di atas katil Baginda agar dapat mengaburi mata orang Quraish. Lalu turunlah ayat yang ditujukan kepadanya: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1490, hadis nombor 7600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس قال: بات علي ليلة خرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى المشركين، على فراشه؛ ليعمي على قريش. وفيه نزلت الآية: "ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضاة الله". [ ابن عساكر، ((الضعيفة))(4939)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Ali telah tidur pada malam Rasulullah keluar kepada orang musyrikin di atas katil Baginda agar dapat mengaburi mata orang Quraish. Lalu turunlah ayat yang ditujukan kepadanya: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.” [al-Baqarah: 207] [Diriwayatkan oleh Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4939].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.