Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ali telah tidur pada malam Rasulullah keluar kepada orang musyrikin di atas katil Baginda agar dapat mengaburi mata orang Quraish

Teks Bahasa Arab

بات علي ليلة خرج رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إلى المشركين، على فراشه؛ ليعمي على قريش. وفيه نزلت الآية: (ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضاة الله).

Teks Bahasa Melayu

Ali telah tidur pada malam Rasulullah keluar kepada orang musyrikin di atas katil Baginda agar dapat mengaburi mata orang Quraish. Lalu turunlah ayat yang ditujukan kepadanya: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1490, hadis no. 7600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس قال: بات علي ليلة خرج رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إلى المشركين، على فراشه؛ ليعمي على قريش. وفيه نزلت الآية: "ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضاة الله". [ ابن عساكر، ((الضعيفة))(4939)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Ali telah tidur pada malam Rasulullah keluar kepada orang musyrikin di atas katil Baginda agar dapat mengaburi mata orang Quraish. Lalu turunlah ayat yang ditujukan kepadanya: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.” [al-Baqarah: 207] [Diriwayatkan oleh Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4939].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.