‘Ali telah diberikan tiga kelebihan dan kalaulah aku ada salah satu darinya

TEKS BAHASA ARAB

لقد أعطي علي بن أبي طالب ثلاث خصال، لأن تكون لي خصلة منها؛ أحب إلي من أن أعطى حمر النعم: تزوجه فاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وسكناه المسجد مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يحل له فيه ما يحل له -، والراية يوم خيبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Ali telah diberikan tiga kelebihan dan kalaulah aku ada salah satu darinya; itu lebih aku sukai berbanding aku diberikan seekor unta merah: Dia (‘Ali) mengahwini Fatimah Binti Rasulullah SAW, tinggal di masjid bersama Rasulullah SAW, dihalalkan juga untuknya apa yang dihalalkan untuk baginda dan (pembawa) panji pada peperangan Khaibar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871-1872, hadis nombor 9433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – ((لقد أعطي علي بن أبي طالب ثلاث خصال، لأن تكون لي خصلة منها؛ أحب إلي من أن أعطى حمر النعم: تزوجه فاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وسكناه المسجد مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يحل له فيه ما يحل له -، والراية يوم خيبر)). [ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4951)]

(Sangat lemah) Daripada ‘Umar al-Khattab RA katanya: “‘Ali telah diberikan tiga kelebihan dan kalaulah aku ada salah satu darinya; itu lebih aku sukai berbanding aku diberikan seekor unta merah: Dia (‘Ali) mengahwini Fatimah Binti Rasulullah SAW, tinggal di masjid bersama Rasulullah SAW, dihalalkan juga untuknya apa yang dihalalkan untuk baginda dan (pembawa) panji pada peperangan Khaibar.” [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4951]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.