Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لقدْ أُعطِيَ عليُّ بنُ أبي طالبٍ ثلاثَ خصالٍ، لأنْ تكونَ لي خَصلةٌ منها ؛ أحبُّ إليَّ منْ أنْ أُعطَى حُمْرَ النَّعَمِ : تزوُّجُهُ فاطمةَ بنتَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ، وسكناهُ المسجدَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - يحلُّ لهُ فيهِ ما يحلُّ لهُ -، والرايةٌ يومَ خيبرٍ.
Teks Bahasa Melayu
‘Ali telah diberikan tiga kelebihan dan kalaulah aku ada salah satu darinya; itu lebih aku sukai berbanding aku diberikan seekor unta merah: Dia (‘Ali) mengahwini Fatimah Binti Rasulullah SAW, tinggal di masjid bersama Rasulullah SAW, dihalalkan juga untuknya apa yang dihalalkan untuk baginda dan (pembawa) panji pada peperangan Khaibar.
Sahabat Perawi
- ‘Umar al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871-1872, hadis no. 9433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - ((لقد أعطي علي بن أبي طالب ثلاث خصال، لأن تكون لي خصلة منها؛ أحب إلي من أن أعطى حمر النعم: تزوجه فاطمة بنت رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، وسكناه المسجد مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يحل له فيه ما يحل له -، والراية يوم خيبر)). [ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4951)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Umar al-Khattab RA katanya: “‘Ali telah diberikan tiga kelebihan dan kalaulah aku ada salah satu darinya; itu lebih aku sukai berbanding aku diberikan seekor unta merah: Dia (‘Ali) mengahwini Fatimah Binti Rasulullah SAW, tinggal di masjid bersama Rasulullah SAW, dihalalkan juga untuknya apa yang dihalalkan untuk baginda dan (pembawa) panji pada peperangan Khaibar." [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4951]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman