Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان عليٌّ رضي اللهُ عنهُ يُعَلِّمُ الناسَ الصلاةَ على نبيِّ اللهِ يقولُ: اللهمَّ داحي المَدْحُوَّاتِ، وبارئَ المسموكاتِ، وجبارَ القلوبِ على فطراتِها شقيِّها وسعيدِها، اجعلْ شرائفَ صلواتِكَ، ونواميَ بركاتِكَ، ورافعَ تحيَّتِكَ على محمدٍ عبدِكَ ورسولِكَ، الخاتمِ لما سَبَقَ، والفاتحِ لما أُغلقَ...الحديث بطوله.
Teks Bahasa Melayu
Ali RA pernah mengajar manusia untuk berselawat ke atas Nabi SAW, beliau berkata: Ya Allah! Yang melapangkan serta meluaskan, dan yang mengadakan ketinggian, serta Maha Perkasa ke atas hati-hati yang secara fitrahnya dukanya dan sukanya, jadikanlah kemuliaan selawat-Mu serta akhlakku dengan berkat-Mu, dan terangkatlah ucapan penghormatan-Mu ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, penutup untuk yang sebelum dan pembuka untuk yang menutupi...(Hadis yang panjang).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1577, hadis no. 7981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سلامة الكندي، قال: كان علي - رضي الله عنه - يعلم الناس الصلاة على النبي الله يقول: اللهم داحي المدحوات، وبارئ المسموكات، وجبار القلوب على فطراتها شقيها وسعيدها، اجعل شرائف صلواتك، ونوامي بركاتك، ورافع تحيتك على محمد عبدك ورسولك، الخاتم لما سبق، والفاتح لما أغلق...الحديث بطوله. [طس، ((الضعيفة)) (6544)].
(Munkar) Daripada Salamah al-Kindi, beliau berkata: Ali RA pernah mengajar manusia untuk berselawat ke atas Nabi SAW, beliau berkata: Ya Allah! Yang melapangkan serta meluaskan, dan yang mengadakan ketinggian, serta Maha Perkasa ke atas hati-hati yang secara fitrahnya dukanya dan sukanya, jadikanlah kemuliaan selawat-Mu serta akhlakku dengan berkat-Mu, dan terangkatlah ucapan penghormatan-Mu ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, penutup untuk yang sebelum dan pembuka untuk yang menutupi...(Hadis yang panjang). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6544].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman