Ali RA menyesal tidak meminta kepada Rasullah untuk menjadikan anaknya muazzin

TEKS BAHASA ARAB

عن علي قال: "ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ali RA berkata: “Aku menyesal tidak meminta kepada Rasulullah SAW untuk menjadikan al-Hasan dan al-Husain sebagai muazzin.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis nombor 8837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه- قال: "ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين". [طس، ((الضعيفة)) (5331)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ali RA beliau berkata: “Aku menyesal tidak meminta kepada Rasulullah SAW untuk menjadikan al-Hasan dan al-Husain sebagai muazzin."
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5331].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs