‘Ali pernah menyebut ketika hayat Rasulullah

TEKS BAHASA ARAB

كان علي يقول في حياة رسول الله: {أفإين مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم} والله لا ننقلب على أعقابنا بعد إذ هدانا الله والله، لئن مات أو قتل لأقاتلن على ما قاتل علي حتى أموت، والله، إني لأخوه، ووليه، وابن عمه، ووارث علمه، فمن أحق به مني؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Ali pernah menyebut ketika hayat Rasulullah: (Allah berfirman): “Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)?” Demi Allah, kami tidak akan kembali kepada kekafiran setelah Allah memberikan kami hidayah. Demi Allah, jika baginda (Rasulullah) wafat atau dibunuh, aku akan memerangi apa jua yang baginda perangi sehingga aku mati. Demi Allah, sesungguhnya akulah saudaranya, penolongnya, sepupunya dan pewaris ilmunya. Maka siapa yang lebih berhak ke atasnya berbanding aku?’’

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1870-1871, hadis nombor 9429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان علي يقول في حياة رسول الله: {أفإين مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم} والله لا ننقلب على أعقابنا بعد إذ هدانا الله. والله، لئن مات أو قتل لأقاتلن على ما قاتل علي حتى أموت، والله، إني لأخوه، ووليه، وابن عمه، ووارث علمه، فمن أحق به مني؟)). [ن في ((الخصائص))، ك، إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4948)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya: ‘Ali pernah menyebut ketika hayat Rasulullah: (Allah berfirman): “Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)?” Demi Allah, kami tidak akan kembali kepada kekafiran setelah Allah memberikan kami hidayah. Demi Allah, jika baginda (Rasulullah) wafat atau dibunuh, aku akan memerangi apa jua yang baginda perangi sehingga aku mati. Demi Allah, sesungguhnya akulah saudaranya, penolongnya, sepupunya dan pewaris ilmunya. Maka siapa yang lebih berhak ke atasnya berbanding aku?’’ [Riwayat al-Nasa’i dalam al-Khasais, al-Hakim, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs