Ali pemimpin golongan yang berbakti

TEKS BAHASA ARAB

علي إمام البررة، وقاتل الفجرة، منصور من نصره، مخذول من خذله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ali pemimpin golongan yang berbakti, pembunuh golongan yang derhaka, sesiapa yang membantunya dibantu dan sesiapa yang mengabaikannnya akan diabaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis nombor 8963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((علي إمام البررة، وقاتل الفجرة، منصور من نصره، مخذول من خذله)). [ك، خط، ((الضعيفة)) (357)]

(Palsu)
Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ali pemimpin golongan yang berbakti, pembunuh golongan yang derhaka, sesiapa yang membantunya dibantu dan sesiapa yang mengabaikannnya akan diabaikan.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs