Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليٌّ إمامُ البررَةِ، وقاتِلُ الفجَرَةِ، منصورٌ مَنْ نَصَرَهُ، مخذولٌ مَنْ خَذَلَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ali pemimpin golongan yang berbakti, pembunuh golongan yang derhaka, sesiapa yang membantunya dibantu dan sesiapa yang mengabaikannnya akan diabaikan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis no. 8963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((علي إمام البررة، وقاتل الفجرة، منصور من نصره، مخذول من خذله)). [ك، خط، ((الضعيفة)) (357)]
(Palsu) Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ali pemimpin golongan yang berbakti, pembunuh golongan yang derhaka, sesiapa yang membantunya dibantu dan sesiapa yang mengabaikannnya akan diabaikan. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 357]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman