Ali melihat Nabi SAW di Safa sedang menuju kepada seseorang yang menyerupai bentuk gajah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن عليا رأى النبي صلى الله عليه وآله وسلم عند الصفا، وهو مقبل على شخص في صورة الفيل، وهو يلعنه. فقلت: من هذا الذي تلعنه يا رسول الله؟ قال: هذا الشيطان الرجيم. فقلت: والله يا عدو الله؟ لأقتلنك ولأريحن الأمة منك. فقال: ما هذا جزائي منك. قلت: وما جزاؤك يا عدو الله؟ قال: والله ما أبغضك أحد إلا شاركت أباه في رحم أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Ali melihat Nabi SAW di Safa sedang menuju kepada seseorang yangmenyerupai benntuk gajah dan baginda sedang melaknatnya. Lalu aku berkata: Siapakah yang engkau laknat itu wahai Rasulullah? Dia berkata: Ini adalah syaitan yang direjam. Aku berkata: Benarkah wahai musuh Allah? Aku akan membunuhmu dan merehatkan ummah daripadamu. Dia berkata: Bukanlah ini balasanku daripadamu. Aku berkata: Apakah balasanmu wahai musuh Allah? Dia berkata: Demi Allah tiada seorang yang membenci kamu melainkan aku telah bersama ayahnya pada rahim ibunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 374, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن مردويه عن علي مرفوعا، وفي إسناده: إسحاق بن محمد النخعي، وهو من الغلاة، وكان يعتقد في علي الأولوهية. ورواه الخطيب أيضا بلفظ: والله ما أبغضك أحد إلا قد شاركت أباه في أمه.

Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Ishaq bin Muhammad al-Nakha’i, seorang pelampau Syiah. Dia percaya akan ketuhanan Ali. Diriwayatkan juga oleh al-Khatib dengan lafaz: Demi Allah tiada seorangpun yang membencimu melainkan aku telah bersama ayahnya pada ibunya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs