Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليٌّ بمنزلةِ رأسي من بدَني.
Teks Bahasa Melayu
‘Alī ibarat berada di kedudukan kepalaku daripada badanku.
Sahabat Perawi
- al-Bara' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((علي بمنزلة رأسي من بدني)). [خط، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٣٩١٤)]
(Lemah) Daripada al-Barā’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Alī ibarat berada di kedudukan kepalaku daripada badanku. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3914]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman