Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليٌّ خيرُ البريَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
‘Alī ialah sebaik-baik makhluk.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847, hadis no. 4344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((علي خير البرية)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5593)]
(Palsu) Daripada Abū Saī’d al-Khudrī RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ‘Alī ialah sebaik-baik makhluk. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu’afā‘, Ibn ’Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu’afā‘, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5593]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman