Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! إنكَ ستقدَمُ على اللَّه أنتَ وشيعتُك راضينَ مَرضيِّين، ويقدَمُ عليه عدوُّك غِضاباً مقمحين.
Teks Bahasa Melayu
Pada suatu hari Ali RA datang ke Basrah dengan emas ataupun perak, beliau bergurau dengan kata-kata: Jadilah kamu putih atau kuning, dan perdayakanlah selainku. Perdayakanlah orang Syam pada esok hari jika mereka muncul dihadapanmu. Maka mereka (warga Syam) merasa sesak dada dengan kata-kata itu, lalu hal itu diberitakan kepada beliau. Lalu beliau memanggil orang ramai dan mereka datang menemuinya. Beliau berkata: kekasihku SAW pernah bersabda: “Wahai Ali! Engkau akan menemui Allah dalam keadaan kamu dan kumpulan kamu dalam keadaan redha dan diredhai, manakala musuh kamu akan datang menemui Allah dalam keadaan marah dan dalam keadaan terdongak.” Kemudian Ali meletakkan tangannya ke lehernya untuk menunjukkan kepada mereka contoh perbuatan terdongak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Najiy
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 849, hadis no. 4353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن نجي-رضي الله عنه-: أن عليا أتى البصرة بذهب أو فضة، فنكت وقال: ابيضي واصفري، وغري غيري. غري أهل الشام غدا لو ظهروا عليك. فشق قوله على الناس، فذكر ذلك له، فأذن في الناس، فدخلوا عليه، فقال إن خليلي صلى الله عليه وسلم قال: ((يا علي! إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين)). ثم جمع علي يده إلى عنقه يريهم كيف الإقماح. [طس، ((الضعيفة)) (5589)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Najiy beliau berkata: Pada suatu hari Ali RA datang ke Basrah dengan emas ataupun perak, beliau bergurau dengan kata-kata: Jadilah kamu putih atau kuning, dan perdayakanlah selainku. Perdayakanlah orang Syam pada esok hari jika mereka muncul dihadapanmu. Maka mereka (warga Syam) merasa sesak dada dengan kata-kata itu, lalu hal itu diberitakan kepada beliau. Lalu beliau memanggil orang ramai dan mereka datang menemuinya. Beliau berkata: kekasihku SAW pernah bersabda: “Wahai Ali! Engkau akan menemui Allah dalam keadaan kamu dan kumpulan kamu dalam keadaan redha dan diredhai, manakala musuh kamu akan datang menemui Allah dalam keadaan marah dan dalam keadaan terdongak.” Kemudian Ali meletakkan tangannya ke lehernya untuk menunjukkan kepada mereka contoh perbuatan terdongak. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5589].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman