Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليُّ بنُ أبي طالبٍ بابُ حِطَّةٍ، من دخل فيهِ كان مؤمنًا، ومن خرج منهُ كان كافرًا.
Teks Bahasa Melayu
‘Alī bin Abī Ṭālib ialah pintu pengampunan, barangsiapa yang memasuki ke dalamnya maka dia menjadi mukmin, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia menjadi kafir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((علي بن أبي طالب باب حطّة، من دخل فيه كان مؤمنا، ومن خرج منه كان كافرا)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٩١٣)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Alī bin Abī Ṭālib ialah pintu pengampunan, barangsiapa yang memasuki ke dalamnya maka dia menjadi mukmin, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia menjadi kafir. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3913]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman