‘Alī bin Abī Ṭālib ialah pintu pengampunan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علي بن أبي طالب باب حطة، من دخل فيه كان مؤمنا، ومن خرج منه كان كافرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Alī bin Abī Ṭālib ialah pintu pengampunan, barangsiapa yang memasuki ke dalamnya maka dia menjadi mukmin, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia menjadi kafir.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis nombor 9299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((علي بن أبي طالب باب حطّة، من دخل فيه كان مؤمنا، ومن خرج منه كان كافرا)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٩١٣)]

(Batil) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Alī bin Abī Ṭālib ialah pintu pengampunan, barangsiapa yang memasuki ke dalamnya maka dia menjadi mukmin, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia menjadi kafir. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3913]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.