TEKS BAHASA ARAB
بات علي ليلة خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المشركين على فراشه ليعمّي على قريش. وفيه نزلت الآية: ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضات الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ali bermalam di atas katil Rasulullah SAW pada malam baginda keluar menuju kaum Musyrikin untuk mengaburi mata pihak Quirasy. Lalu turunlah ayat tentang ‘Ali: "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata."
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867, hadis nombor 9415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – ، قال: ((بات علي ليلة خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المشركين على فراشه ليعمّي على قريش. وفيه نزلت الآية: ومن الناس من يشري نفسه ابتغاء مرضات الله)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) ( 4939)].
(Palsu) Dari Ibnu Abbas RA dia berkata: "’Ali bermalam di atas katil Rasulullah SAW pada malam baginda keluar menuju kaum Musyrikin untuk mengaburi mata pihak Quirasy. Lalu turunlah ayat tentang ‘Ali: "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4939 ]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.