Ali adalah sebaik-baik qadi dalam kalangan umatku berpandukan Kitabullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علي أقضى أمتي بكتاب الله، فمن أحبني فليحبه؛ فإن العبد لا ينال ولايتي إلا بحب علي عليه السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ali adalah sebaik-baik qadi dalam kalangan umatku berpandukan Kitabullah. Sesiapa yang mencintaiku, maka cintailah dia. Sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan dapat mendapat persaudaraanku melainkan dengan kecintaan terhadap ‘Ali AS.

STATUS

Munkar dengan lafaz lengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1870, hadis nombor 9426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((علي أقضى أمتي بكتاب الله، فمن أحبني فليحبه؛ فإن العبد لا ينال ولايتي إلا بحب علي عليه السلام)). [إبن عساكر،((الضعيفة)) (4883)]

(Munkar dengan lafaz ini): Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ali adalah sebaik-baik qadi dalam kalangan umatku berpandukan Kitabullah. Sesiapa yang mencintaiku, maka cintailah dia. Sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan dapat mendapat persaudaraanku melainkan dengan kecintaan terhadap ‘Ali AS." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.