Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلِيٌّ خَيْرُ البَرِيَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ali adalah sebaik-baik makhluk.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1910, hadis no. 9593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: علي خير البرية. [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5593)]
(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ali adalah sebaik-baik makhluk. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jawzi dan Ibn ‘Asakir. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 5593]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman