Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا سيدُ ولدِ آدمَ ، وعليٌّ سيدُ العربِ
Teks Bahasa Melayu
Aku ialah penghulu anak Adam manakala Ali adalah penghulu orang Arab.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
- al-Hasan bin ‘Ali RA
- al-Husain bin ‘Ali RA
- Anas RA
- Ibn Abbas RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis no. 5468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((أنا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ , وَعَلِيٌّ سَيِّدُ العَرَبِ)) روي من حديث جابر، والحسن والحسين ابني علي، وابن عباس، وأنس- رضي الله عنهم-، وسلمة بن كهيل مرسلاً. [ك، طب، حل، خط، ((الضعيفة))(5678)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Aku ialah penghulu anak Adam manakala Ali adalah penghulu orang Arab.” Ia diriwayatkan daripada hadis Jabir, al-Hasan dan al-Husain bin ‘Ali, Ibn Abbas, Anas RA dan Salamah Bin Kuhail secara Mursal. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5678]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman