Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَزْيَنَ الحِلْمَ لأهلِه.
Teks Bahasa Melayu
Alangkah indahnya sifat lemah lembut kepada ahlinya.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis no. 401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعاً: ما أزين الحلم لأهله. [ابن شاهين، ((الضعيفة)) (4419)]
(Daif) Daripada Mu‘ādh ibn Jabal R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Alangkah indahnya sifat lemah lembut kepada ahlinya. [Riwayat Ibn Syahin dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4419]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman