Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Alangkah bertakwanya dia

Teks Bahasa Arab

ما أتقاهُ ما أتقاهُ ما أتقاهُ! راعِي غنمٍ على رأسِ جبلٍ، يُقيمُ فيها الصلاةَ.

Teks Bahasa Melayu

Alangkah bertakwanya dia! Alangkah bertakwanya dia! Alangkah bertakwanya dia! Pengembala kambing di puncak gunung mendirikan solat!

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis no. 10032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: ما أتقاه ما أتقاه ما أتقاه! راعي غنم على رأس جبل، يقيم فيها الصلاة. [طب، الضعيفة (2441)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Alangkah bertakwanya dia! Alangkah bertakwanya dia! Alangkah bertakwanya dia! Pengembala kambing di puncak gunung mendirikan solat! [Riiwayat al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2441)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.