TEKS BAHASA ARAB
وددت أن {تبارك} الملك في قلب كل مؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Alangkah baiknya sekiranya surah “Tabarak” al-Mulk berada dalam jantung (hati) setiap orang beriman.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis nombor 7640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عباس مرفوعاً: وددت أن {تبارك} الملك في قلب كل مؤمن. [السراج في ((حديثه))، المخلدي في ((الفوائد))، الرافعي، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4747]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Alangkah baiknya sekiranya surah “Tabarak” al-Mulk berada dalam jantung (hati) setiap orang beriman. [Riwayat al-Siraj dalam kitab hadithnya al-Makhladi fi al-Fawaid, al-Rafi’i, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4747]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.