Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Alangkah baiknya sekiranya surah “Tabarak” al-Mulk berada dalam hati setiap orang beriman

Teks Bahasa Arab

ودِدْتُّ أنَّ {تَبَارَكَ} الْمُلْكُ، فِي قَلْبِ كُلِّ مُؤْمِنٍ.

Teks Bahasa Melayu

Alangkah baiknya sekiranya surah “Tabarak” al-Mulk berada dalam jantung (hati) setiap orang beriman.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis no. 7640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس مرفوعاً: وددت أن {تبارك} الملك في قلب كل مؤمن. [السراج في ((حديثه))، المخلدي في ((الفوائد))، الرافعي، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4747]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Alangkah baiknya sekiranya surah “Tabarak” al-Mulk berada dalam jantung (hati) setiap orang beriman. [Riwayat al-Siraj dalam kitab hadithnya al-Makhladi fi al-Fawaid, al-Rafi’i, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4747]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.