TEKS BAHASA ARAB
حديث: "حبذا المتخللون من أمتي".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Alangkah baiknya mereka yang menyela jari (ketika berwudhu) dari umatku”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 11, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الصغاني أيضا: موضوع وكذا قال في حديث تخليل الأصابع في الوضوء وتخليلها بعد الطعام.
Al-Saghani berkata juga: Hadith ini palsu, demikian juga pendapatnya pada hadith menyela jari ketika wudhu dan menyela jari selepas makan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.