Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَحْسَنَ القَصْدَ في الغِنَى، ما أَحْسَنَ القَصْدَ في الفقرِ، وأَحْسَنَ القَصْد في العبادةِ.
Teks Bahasa Melayu
Alangkah baiknya kesederhanaan dalam keadaan kaya, alangkah baiknya kesederhanaan dalam keadaan miskin, dan kesederhanaan yang terbaik adalah pada (hal) ibadah).
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis no. 3124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن حذيفة - رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما أحسن القصد في الغنى، ما أحسن القصد في الفقر، وأحسن القصد في العبادة)). [البزار في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (2164)].
(Sangat lemah) Daripada Huzaifah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Alangkah baiknya kesederhanaan dalam keadaan kaya, alangkah baiknya kesederhanaan dalam keadaan miskin, dan kesederhanaan yang terbaik adalah pada (hal) ibadah).)) [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2164].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman