Alangkah baiknya jika doa-doa itu tidak disegerakan satu pun

TEKS BAHASA ARAB

يدعو الله بالمؤمن يوم القيامة حتى يوقفه بين يديه، فيقول: عبدي! ‍‍إني أمرتك أن تدعوني، ووعدتك أن أستجيب لك، فهل كنت تدعوني؟ فيقول: نعم يا رب! فيقول: أما إنك لم تدعني بدعوة إلا استجيب لك، فهل ليس دعوتني يوم كذا وكذا لغم نزل بك أن أفرج عنك، ففرجت عنك؟ فيقول: نعم يا رب! فيقول: فإني عجلتها لك في الدنيا، ودعوتني يوم كذا كذا لغم نزل بك أن أفرج عنك، فلم تر فرجا؟ قال: نعم يارب! فيقول: إني ادخرت لك بها في الجنة كذا وكذا. قال رسول الله ﷺ: فلا يدع الله دعوة دعا بها عبده المؤمن إلا بين له، إما أن يكون عجل له في الدنيا، وإما أن يكون ادخر له في الآخرة، قال: فيقول المؤمن في ذلك المقام: يا ليته لم يكن عجل له في شيء من دعائه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menyeru orang mukmin pada hari kiamat hingga berdiri di hadapan-Nya, lalu Dia berfirman: Hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah menyuruhmu agar berdoa kepada-Ku dan Aku telah janjikan bahawa Aku akan mustajabkan doa untuk kamu, maka apakah kamu berdoa kepada-Ku? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan! Dia berfirman: Adapun kamu tidak menyeruKu dengan berdoa kepadaKu melainkan aku memenuhi permintaanmu, bukanlah kamu telah berdoa kepada-Ku pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang telah menimpamu agar Aku memberikan kemudahan kepadamu, lalu Aku telah permudahkan untukmu? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan. Allah berfirman lagi: Sesungguhnya Aku telah segerakan untuk kamu di dunia dan engkau telah berdoa kepadaKu pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang menimpamu agar Aku lepaskan ia daripadamu, namun engkau tidak menemui jalan keluar? Hamba itu berkata: Ya, wahai Tuhan! Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menyimpannya untukmu sekian sekian di dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: Oleh itu, Allah tidak meninggalkan mana-mana doa yang di doakan oleh hamba-Nya yang beriman melainkan Dia akan menjelaskan kepadanya sama ada ia disegerakan untuknya di dunia atau ia disimpan untuknya di akhirat. Baginda bersabda: Lalu hamba tersebut berkata saat itu: Alangkah baiknya jika doa-doa itu tidak disegerakan satu pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411 – 1412, hadis nombor 7161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: يدعو الله بالمؤمن يوم القيامة حتى يوقفه بين يديه، فيقول: عبدي! ‍‍إني أمرتك أن تدعوني، ووعدتك أن أستجيب لك، فهل كنت تدعوني؟ فيقول: نعم يا رب! فيقول: أما إنك لم تدعني بدعوة إلا استجيب لك، فهل ليس دعوتني يوم كذا وكذا لغم نزل بك أن أفرج عنك، ففرجت عنك؟ فيقول: نعم يا رب! فيقول: فإني عجلتها لك في الدنيا، ودعوتني يوم كذا كذا لغم نزل بك أن أفرج عنك، فلم تر فرجا؟ قال: نعم يارب! فيقول: إني ادخرت لك بها في الجنة كذا وكذا. قال رسول الله ﷺ: فلا يدع الله دعوة دعا بها عبده المؤمن إلا بين له، إما أن يكون عجل له في الدنيا، وإما أن يكون ادخر له في الآخرة، قال: فيقول المؤمن في ذلك المقام: يا ليته لم يكن عجل له في شيء من دعائه.
[ك، ((الضعيفة)) (886)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah menyeru orang mukmin pada hari kiamat hingga berdiri di hadapan-Nya, lalu Dia berfirman: Hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah menyuruhmu agar berdoa kepada-Ku dan Aku telah janjikan bahawa Aku akan mustajabkan doa untuk kamu, maka apakah kamu berdoa kepada-Ku? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan! Dia berfirman: Adapun kamu tidak menyeruKu dengan berdoa kepadaKu melainkan aku memenuhi permintaanmu, bukanlah kamu telah berdoa kepada-Ku pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang telah menimpamu agar Aku memberikan kemudahan kepadamu, lalu Aku telah permudahkan untukmu? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan. Allah berfirman lagi: Sesungguhnya Aku telah segerakan untuk kamu di dunia dan engkau telah berdoa kepadaKu pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang menimpamu agar Aku lepaskan ia daripadamu, namun engkau tidak menemui jalan keluar? Hamba itu berkata: Ya, wahai Tuhan! Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menyimpannya untukmu sekian sekian di dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: Oleh itu, Allah tidak meninggalkan mana-mana doa yang di doakan oleh hamba-Nya yang beriman melainkan Dia akan menjelaskan kepadanya sama ada ia disegerakan untuknya di dunia atau ia disimpan untuknya di akhirat. Baginda bersabda: Lalu hamba tersebut berkata saat itu: Alangkah baiknya jika doa-doa itu tidak disegerakan satu pun.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat silsilah al-Da'ifah, no. 886]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs