Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَدْعُو اللهُ بالمؤمنِ يومَ القيامةِ حتى يُوقِفَهُ بين يَدَيْهِ، فيقولُ : عَبْدِي ! إني أمَرتُك أن تَدْعُوَنِي، ووعدتُك أن أستجيبَ لك، فهل كنتَ تَدعُونِي ؟ فيقولُ : نعم يا ربِّ ! فيقولُ : أَمَا إنك لم تَدْعُنِي بدعوةٍ إلا استُجِيبَ لك، فهل ليس دَعَوْتَنِي يومَ كذا وكذا لِغَمٍّ نزل بك أن أُفَرِّجَ عنك، فَفَرَّجْتُ عنك ؟ فيقولُ : نعم يا ربِّ ! فيقول : فإني عَجَّلْتُها لك في الدنيا، ودعوتَني يومَ كذا كذا لِغَمٍّ نزل بك أن أُفَرِّجَ عنك، فلم تَرَ فَرَجًا ؟ قال : نعم ياربِّ ! فيقولُ : إني ادَّخَرْتُ لك بها في الجنةِ كذا وكذا، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : فلا يَدَعُ اللهُ دعوةً دعاه بها عبدُه المؤمنُ إلا بَيَّنَ له، إما أن يكونَ عَجَّلَ له في الدنيا، وإما أن يكونَ ادَّخَرَ له في الآخرةِ، قال : فيقولُ المؤمنُ في ذلك المقامِ، يا لَيْتَهُ لم يكن عُجِّلَ له في شيءٍ من دعائِه.
Teks Bahasa Melayu
Allah menyeru orang mukmin pada hari kiamat hingga berdiri di hadapan-Nya, lalu Dia berfirman: Hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah menyuruhmu agar berdoa kepada-Ku dan Aku telah janjikan bahawa Aku akan mustajabkan doa untuk kamu, maka apakah kamu berdoa kepada-Ku? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan! Dia berfirman: Adapun kamu tidak menyeruKu dengan berdoa kepadaKu melainkan aku memenuhi permintaanmu, bukanlah kamu telah berdoa kepada-Ku pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang telah menimpamu agar Aku memberikan kemudahan kepadamu, lalu Aku telah permudahkan untukmu? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan. Allah berfirman lagi: Sesungguhnya Aku telah segerakan untuk kamu di dunia dan engkau telah berdoa kepadaKu pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang menimpamu agar Aku lepaskan ia daripadamu, namun engkau tidak menemui jalan keluar? Hamba itu berkata: Ya, wahai Tuhan! Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menyimpannya untukmu sekian sekian di dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: Oleh itu, Allah tidak meninggalkan mana-mana doa yang di doakan oleh hamba-Nya yang beriman melainkan Dia akan menjelaskan kepadanya sama ada ia disegerakan untuknya di dunia atau ia disimpan untuknya di akhirat. Baginda bersabda: Lalu hamba tersebut berkata saat itu: Alangkah baiknya jika doa-doa itu tidak disegerakan satu pun.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411 - 1412, hadis no. 7161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah menyeru orang mukmin pada hari kiamat hingga berdiri di hadapan-Nya, lalu Dia berfirman: Hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah menyuruhmu agar berdoa kepada-Ku dan Aku telah janjikan bahawa Aku akan mustajabkan doa untuk kamu, maka apakah kamu berdoa kepada-Ku? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan! Dia berfirman: Adapun kamu tidak menyeruKu dengan berdoa kepadaKu melainkan aku memenuhi permintaanmu, bukanlah kamu telah berdoa kepada-Ku pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang telah menimpamu agar Aku memberikan kemudahan kepadamu, lalu Aku telah permudahkan untukmu? Hamba itu menjawab: Ya, wahai Tuhan. Allah berfirman lagi: Sesungguhnya Aku telah segerakan untuk kamu di dunia dan engkau telah berdoa kepadaKu pada hari sekian sekian kerana kesusahan yang menimpamu agar Aku lepaskan ia daripadamu, namun engkau tidak menemui jalan keluar? Hamba itu berkata: Ya, wahai Tuhan! Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menyimpannya untukmu sekian sekian di dalam syurga. Rasulullah SAW bersabda: Oleh itu, Allah tidak meninggalkan mana-mana doa yang di doakan oleh hamba-Nya yang beriman melainkan Dia akan menjelaskan kepadanya sama ada ia disegerakan untuknya di dunia atau ia disimpan untuknya di akhirat. Baginda bersabda: Lalu hamba tersebut berkata saat itu: Alangkah baiknya jika doa-doa itu tidak disegerakan satu pun. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat silsilah al-Da'ifah, no. 886]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman