Al-Zaidiyyah merupakan Majusi bagi umat ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزيدية مجوس هذه الأمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Zaidiyyah merupakan (golongan) Majusi bagi umat ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 107, hadis nombor 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، وفي المقاصد: لم أره ولكنه عند جماعة بلفظ القدرية.
وأما قول القزويني: حديث "القدرية مجوس هذه الأمة، إن مرضوا فلا تعودوهم، وإن ماتوا فلا تشهدوهم."، موضوع من حديث المصابيح.
وكذا حديث "صنفان من أمتي ليس لهما في الإسلام نصيب: القدرية والمرجئة". فخطأ منه وقد بينا مخرجيهما في المرقاة شرح المشكاة.

Palsu. Dalam kitab al-Maqasid (disebutkan): Aku tidak menjumpainya. Tetapi menurut sebahagian mereka ia (diriwayatkan) dengan lafaz: Al-Qadariyyah.
Manakala kata-kata al-Qazwini: Hadis “Al-Qadariyyah merupakan Majusi bagi umat ini. Jika mereka sakit jangan ziarahi mereka dan jika mereka meninggal dunia, jangan hadiri jenazah mereka.” Palsu, (ia merupakan sebahagian) daripada hadis-hadis kitab “Al-Masabih”.
Begitu juga hadis: “Dua golongan dari umatku, mereka tidak tergolong dalam Islam, al-Qadariyyah dan al-Murjiah.” Ia adalah hadis yang silap daripadanya (pengarang al-Masabih). Kami sudah nyatakan sumbernya dalam kitab al-Mirqah Syarh al-Misykah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.