Al-Wurud itu ialah masuk, tidak akan ada orang baik mahupun jahat kecuali akan memasukinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الورود الدخول؛ لا يبقى بر ولا فاجر إلا دخلها، فتكون على المؤمنين بردا وسلاما [كما كانت] على إبراهيم، حتى إن للنار -أو قال: لجهنم- ضجيجا من بردهم، {ثم ننجي الذين اتقوا ونذر الظالمين فيها جثيا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Wurūd itu ialah masuk, tidak akan ada orang baik mahupun jahat kecuali akan memasukinya. Ia menjadi sejuk dan selamat bagi orang mukmin seperti mana yang terjadi kepada Nabi Ibrahim. Sehingga bagi neraka (atau Jahanam) sekelumit daripada kesejukan mereka. {Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut dalam neraka}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 670, hadis nombor 3457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سمية، قال: اختلفنا ههنا بالبصرة في الورود؛ فقال قوم: لا يدخلها مؤمن. وقال قوم: يدخلونها جميعا ثم ينجي الله الذين اتقوا. فأتيت جابر بن عبد الله -رضي الله عنه-، فسألته فقلت له: اختلفنا فيه بالبصرة، فقال قوم: لا يدخلها مؤمن. وقال آخرون: يدخلونها جميعاً ثم ينجي الله الذين اتقوا. فأهوى بأصبعيه إلى أذنيه، وقال: صمتا إن لم أكن سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((الورود الدخول؛ لا يبقى بر ولا فاجر إلا دخلها، فتكون على المؤمنين برداً وسلاماً [كما كانت] على إبراهيم، حتى إن للنار -أو قال: لجهنم- ضجيجاً من بردهم، {ثم ننجي الذين اتقوا ونذر الظالمين فيها جثياً})). [هب، عبد الغني المقدسي في ((جزء ذكر النار))، عبد بن حميد في ((المنتخب من المسند))، حم، ((الضعيفة)) (4761)]

(Lemah) Daripada Abū Sumayyah, beliau berkata: Kami berdebat di Basrah tentang al-Wurūd. Sebahagian mengatakan: Orang mukmin tidak akan memasukinya. Sebahagian lagi berkata: Allah akan memasukkan semuanya kemudian Allah akan menyelamatkan mereka yang bertakwa. Lalu aku datang menemui Jābir bin ‘Abdillah RA dan aku bertanya kepadanya lalu berkata: Kami berdebat tentangnya di Basrah. Sebahagian berkata: Mukmin tidak memasukinya. Sebahagian lagi berkata: Allah akan memasukkan semuanya kemudian Allah akan menyelamatkan mereka yang bertakwa. Lalu dia meletakkan kedua jarinya ke telinganya dan berkata: Kamu berdua tidak mendengar kecuali aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Al-Wurūd itu ialah masuk, tidak akan ada orang baik mahupun jahat kecuali akan memasukinya. Ia menjadi sejuk dan selamat bagi orang mukmin seperti mana yang terjadi kepada Nabi Ibrahim. Sehingga bagi neraka (atau Jahanam) sekelumit daripada kesejukan mereka. {Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut dalam neraka}. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam Juzu’ Dhikr al-Nār, ‘Abd bin Ḥumayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4761]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.