TEKS BAHASA ARAB
السجل: كاتب كان للنبي صلى الله عليه وسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Sijl adalah penulis untuk Nabi SAW.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1909 hadis nombor 9587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس وابن عمر -رضي الله عنهم-: السجل كاتب كان للنبي ﷺ.
[عق، عد، طب، هق، ((الضعيفة)) (5676)]
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar RA: Al-Sijl adalah penulis untuk Nabi SAW.
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5676]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.