Al-Salam adalah salah satu nama Allah Yang Maha Agung

TEKS BAHASA ARAB

السلام اسم من أسماء الله عظيم، جعله ذمة بين خلقه، فإذا سلم المسلم على المسلم؛ فقد حرم عليه أن يذكره إلا بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Salam adalah salah satu nama Allah yang agung, dan Dia menjadikannya sebagai perlindungan di antara ciptaan-Nya, maka jika seorang Muslim memberi salam kepada Muslim yang lain, maka diharamkan baginya untuk berkata kepadanya kecuali perkara perkara yang baik-baik sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis nombor 2549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((السلام اسم من أسماء الله عظيم، جعله ذمة بين خلقه، فإذا سلم المسلم على المسلم؛ فقد حرم عليه أن يذكره إلا بخير)). [فر، ((الضعيفة)) (3733)]

(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Salam adalah salah satu nama Allah yang agung, dan Dia menjadikannya sebagai perlindungan di antara ciptaan-Nya, maka jika seorang Muslim memberi salam kepada Muslim yang lain, maka diharamkan baginya untuk berkata kepadanya kecuali perkara perkara yang baik-baik sahaja.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3733]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs