Al-Sakhrah (batu) ialah sakhrah Baitul Maqdis yang berada di atas pohon tamar

TEKS BAHASA ARAB

الصخرة صخرة بيت المقدس على نخلة والنخلة على نهر من أنهار الجنة وتحت النخلة آسية بنت مزاحم امرأة فرعون ومريم بنت عمران ينظمان سموط أهل الجنة إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Sakhrah (batu) ialah sakhrah Baitul Maqdis yang berada di atas pohon tamar, pohon tamar tersebut pula berada di atas salah satu sungai syurga. Di bawah pohon tamar tersebut terdapat Asiah binti Muzahim, isteri Firaun, Maryam binti ‘Imran, mereka berdua sedang menyusun sumud (tali yang mengikat permata) ahli syurga hingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 49, hadis nombor 259. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Munkar dan sanadnya gelap (terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali), hadith tersebut dusta yang jelas menunjukkan bahawa Maryam dan Asiah berada dalam kerja keras dan penat melalui tugasan yang berat ini. Saya tidak tahu di manakah akal penulis (al-Suyuti) ketika memasukkan hadith batil seperti ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs