Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّخْرَةُ صَخْرَةُ بَيْتِ المَقْدِسِ عَلَى نَخْلَةٍ وَالنَّخْلَةُ عَلَى نَهْرٍ مِنْ أنْهَارِ الجَنَّةِ وَتَحْتَ النَّخْلَةِ آسِيَةُ بِنْتُ مُزَاحِمٍ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ يُنَظِّمَانِ سُمُوطَ أَهْلِ الجَنَّةِ إلَى يَوْمِ القِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Sakhrah (batu) ialah sakhrah Baitul Maqdis yang berada di atas pohon tamar, pohon tamar tersebut pula berada di atas salah satu sungai syurga. Di bawah pohon tamar tersebut terdapat Asiah binti Muzahim, isteri Firaun, Maryam binti 'Imran, mereka berdua sedang menyusun sumud (tali yang mengikat permata) ahli syurga hingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 49, hadis no. 259. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Zahabi berkata: Munkar dan sanadnya gelap (terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali), hadith tersebut dusta yang jelas menunjukkan bahawa Maryam dan Asiah berada dalam kerja keras dan penat melalui tugasan yang berat ini. Saya tidak tahu di manakah akal penulis (al-Suyuti) ketika memasukkan hadith batil seperti ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman