Palsu

30/06/2024

minit bacaan



al-Sakha’ adalah pokok daripada pokok-pokok di syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: السخاء: شجرة من شجر الجنة أغصانها متدليات في الأرض فمن أخذ بغصن من أغصانها قاده ذلك الغصن إلى الجنة والبخل شجرة من شجر النار أغصانها متدلية في الدنيا فمن أخذ بغصن من أغصانها قاده ذلك الغصن إلى النار.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: al-Sakha’ (maksudnya kemurahan hati) adalah pokok daripada pokok-pokok di syurga, dahan-dahannya menyentuh bumi, sesiapa mengambil satu dahan daripada dahan-dahannya maka dahan tersebut akan membawanya ke syurga. Al-Bukhl (maksudnya bakhil) adalah pokok daripada pokok-pokok di neraka. yang dahan-dahannya menyentuh bumi. Sesiapa yang mengambil satu dahan daripada dahan-dahannya maka dahan tersebut akan membawanya ke neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA
  2. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 79, hadis no. 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه البيهقي من حديث جعفر بن محمد عن أبيه عن جده مرفوعا. وقال: تليد بن سليمان وسعيد بن مسلمة ضعيفان. ورواه الخطيب عن جابر بإسناد فيه كذاب. ورواه ابن عدي عن أبي هريرة بإسناد فيه داود بن الحصين ضعيف. ورواه ابن حبان بإسناد فيه وضاع ومتروك. ورواه البيهقي بلفظ: السخاء شجرة تنبت في الجنة فلا يلج الجنة إلا سخى والبخل: شجرة تنبت في النار فلا يلج في النار إلا بخيل. قال البيهقي: ضعيف الإسناد.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada bapanya, daripada datuknya secara marfu (disandarkan kepada Nabi). Al-Baihaqi berkata: Talid bin Sulaiman, Said bin Maslamah keduanya perawi dhaif. Al-Khatib meriwayatkan daripada al-Khatib daripada Jabir dengan sanad yang terdapat padanya perawi berdusta. Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah dengan sanad padanya terdapat perawi bernama Daud bin al-Husain yang dhaif. Ibn Hibban meriwayatkan daripada sanad yang terdapat padanya perawi yang berdusta dan ditinggalkan riwayatnya. Al-Baihaqi meriwayatkan dengan lafaz: al-Sakha’ adalah pokok yang tumbuh di syurga tidaklah masuk syurga melainkan seorang dermawan. Al-Bukhl adalah pokok yang tumbuh neraka, dan tidaklah masuk neraka melainkan seorang yang bakhil. al-Baihaqi berkata: Daif sanadnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.